RocketFish Certificate
Anugerah, Ape-ape ajer, Sijil, Tahniah, Terima Kasih March 7th, 2008
Ini adalah kelulusan aku sebagai seorang pelajar yang dilatih oleh kroni-kroni daripada syarikat kartun RocketFish. RocketFish tu maksudnya Roket Ikan, jangan tanya aku apa maknanya, aku tak tahu. Huhuhuhu…
Kelulusan ini bukan bermakna aku dah pandai, ia cuma bermakna aku telah menamatkan sesi pembelajaran aku dalam tempoh yang ditetapkan dengan jayanya. Alhamdulillah, dan dengan kelulusan ini jugalah aku layak untuk meneruskan kerja dalam bidang kartun ni secara kontrak dalam masa 1 tahun di negeri aku.
Well, terima kasih banyak-banyak buat sifuku, Adriano S Mondala Jr dan Linton T Gonzaga (mereka ni dari Filipina) di atas tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan. Korang memang best!!! Aku rasa hampir tak jumpa kalau nak cari tok guru cam korang kat Malaysian ni. Simple, Sempoi, relaks dan tekun mengajar.




















Recent Comments