Peserta Bertuah Bulan 4 Telah Dipilih!
Pengumuman, Percuma, Potret, Tahniah May 3rd, 2008
Salam semua! Hehehe…berita gembira buat anda semua kerana saya telah pun memilih peserta bertuah bulan 4. Sepatutnya pemilihan perlu dibuat pada setiap 20hb. Tetapi kerana masa tidak mengizinkan saya berbuat demikian, terpaksalah saya tunda sehingga ke hari ini.
Satu kejutan untuk anda! Memandangkan kelewatan saya memilih peserta yang bakal menerima hadiah potret percuma bulan 4 yang lepas, saya telah berbincang dengan diri sendiri untuk menambah bilangan peserta bertuah menjadi 8 orang! Hehehe..tapi untuk kali ini saja ye! Dan satu lagi, saya akan berikan anda lebih banyak masa untuk menghantar gambar anda kepada saya. Rasanya tidak adil sekiranya saya dengan secara mengejut beritahu anda telah menang kemudian membatalkannya dalam masa yang singkat. Tentu ada diantara anda yang terlupa membuka email atau terlewat melawat blog ini dalam beberapa hari ini kan? Oleh itu saya berikan tempoh 1 minggu untuk anda menghantar gambar dan alamat anda kepada saya (bagi yang menang saja tau!).
Jadi, siapakah pemenangnya? Jom semak!
1- Aida A Rahman
2- Aisyah
3- Amelia
4- Busiai
5- Cik Yankumi ???
6- Eina
7- Sham
8- Zuhairy
P/s: Ramai diantara anda yang menggunakan nama samaran, keadaan ini telah menyebabkan pertindihan nama dengan peserta lain. Sila hantar gambar anda menggunakan email yang anda daftarkan semasa menyertai program ini. Saya akan semak kembali email anda nanti (ini bagi mengelakkan penipuan dari pihak luar yang tidak bertanggungjawab). Bagi mereka yang belum berdaftar, anda dinasihatkan menggunakan nama penuh ketika mendaftar!
Baik, dah kenal pasti nama anda? Hantarkan gambar dan alamat rumah anda kepada saya melalui email yang saya hantar kepada anda! Gambar dan alamat rumah anda perlulah dihantar kepada saya sebelum pukul 12 malam, 11/ 05/ 2008.
Setakat ini saja pesanan saya untuk kali ini. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua yang berjaya! Kepada peserta bertuah bulan 3 yang lepas, sila nantikan lukisan potret anda sampai dirumah sedikit masa lagi ya. Insyallah, saya akan cuba poskan pada minggu ini. Tolong beritahu saya melalui email atau dalam blog ini sekiranya anda telah berjaya menerima lukisan anda itu nanti. Saya sekadar ingin pastikan anda terima lukisan itu dengan selamat.
Sedikit berita terkini untuk pemenang2 yang lepas. Wajah2 anda mungkin sekali lagi dipotretkan secara percuma! Hohoho…tetapi bukan dengan lukisan, sebaliknya dengan menggunakan perisian Adobe Illustrator. Mungkin nama yang lebih sesuai bukanlah lukisan potret tetapi lukisan vektor (apa itu vektor? Alah…macam gambar muka saya kat atas header tu)! Walau bagaimanapun, perkara ini masih dalam peringkat perancangan! Sabor yer…




















May 4th, 2008 at 12:01 am
Alaaa…xtpilih lagiii..:(
hehe taniah bg yg terpilih..
May 4th, 2008 at 12:09 am
Oohh..aku keciwa, namaku tak tersenarai. Ada peluang untuk lan kali ker :)apapun terima kasih kerana mewujudkan tawarn special sebegini
May 4th, 2008 at 7:47 am
bila nak lukis gambar saya
fauzi ahmad
http://cpintrass.com
May 4th, 2008 at 10:45 am
aiyak. tak terpilihla.
takpe
knape cik yankumi tu? hahaha. ade orang nak potret yankumi kot. hhaha
May 4th, 2008 at 4:53 pm
wa… nk gambar caye dipotretkan jugak.. hehehe
May 4th, 2008 at 9:29 pm
Takde rezeki lagi la…
Lain kali mesti dapatkan wan?:)
May 4th, 2008 at 10:43 pm
ehemm..harap2 begitu la emmet! Bila dah ramai ni mmg la susah skit nak dapat. Tp kalu ada rezeki tak kan kemananyer…
May 4th, 2008 at 11:01 pm
Takde lagi.. Hm… bile nak dapat agaknya
May 5th, 2008 at 7:05 am
Setakat ni baru sorang je yang hantar gambar. yang lain mungkin tak perasan lagi diorang dapat kot! hehehe…yang pasti kalau diorang lambat, saya akan tukar orang lain!
May 5th, 2008 at 8:25 am
alamak..xde la..
May 5th, 2008 at 10:06 am
salam bang..amelia tuh kita ke?sebab kita lupa la kita daftar nama apa..tp tuh macam nama kita..heh..kang kalo kita hantar gambar kita sekali org lain..malu..cane kita nak tau kalo org tuh kita ek…?
May 5th, 2008 at 10:42 am
aku pon kecewa jugak utk kali yg ke 112
amik la aku lak pas ni
May 5th, 2008 at 11:28 am
ala….x terpilih lagi…
agaknya bila ler nama saya nak terpilih..??
best ler ngan tawaran spesial nih..
May 5th, 2008 at 5:34 pm
loveaiemy, saya akan hantar email kepada setiap peserta bertuah nanti, kalau awak terima email dari saya betul la tu. Kalau tak bukan la…
May 5th, 2008 at 7:05 pm
yahoooo…terima kasih byk2! tak sangka saya terpilih..nanti saya send gambar. Syukran jazilan.. jazakallahu khairan jaza’.
May 5th, 2008 at 9:07 pm
errm…..belum rezeki lagi..
apapun syukran buat abang wanwma…, sofie…tungu jer.:)
May 6th, 2008 at 3:16 pm
alhamdulillah….akhirnya terpilih gak..walaupun terkena pd my nickname je..hehe…
May 13th, 2008 at 1:24 pm
salam…
terima kasih bnyk2 en.wan..saya baru terima lukisan tu arini…
semoga en.wan panjang umo n murah rezeki (”,)