Posted by wan wma on March 14th, 2008





Ehem…yang Fysal ni pun agak blur gambarnya..tapi masih boleh diterima. Inilah antara peringkat2 dalam menyiapkan sebauh potret. Tapi ni cara saya la, cara org lain saya tak tahu. Huhuuhuu..terima kasih dan tahniah kepada Fysal kerana terpilih.
Sesiapa yang belum menyertai program untuk mendapatkan potret percuma macam ni, boleh menyertai kami dengan klik di sini!
Share and Enjoy! Huhuhu:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Posted by wan wma on March 12th, 2008
Lukisan ini dalam keadaan 90% siap. Mungkin ada mana2 bahagian yang kureng skit akn ku baiki nanti. Tapi yang pasti susah tul lukis gambar ni. Sebabnyer gambar yg awk beri tu Carllys, tidak sharp. Mungkin ok kalau tengok dlm PC, tapi bila print…ya Allah…blur…saya pun tak pasti jadi tak wajah korang ni. Sebab dalam gambar tu nampak samar-samar jer…so, kalau tak sempurna tu maafkan saya yer! Huhuhuhu…apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada saudara Carllys atas penyertaan anda dan tahniah kerana terpilih!
Sesiapa yang belum menyertai program untuk mendapatkan potret percuma macam ni, boleh menyertai kami dengan klik di sini!


Share and Enjoy! Huhuhu:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Posted by wan wma on March 7th, 2008

Ini adalah lukisan potret percuma yang diterima oleh saudara Reezluv. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada saudara Reezluv. Saya harap anda suka dengan lukisan yang diterima.
Sesiapa yang belum menyertai program untuk mendapatkan potret percuma macam ni, boleh menyertai kami dengan klik di sini!
Share and Enjoy! Huhuhu:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Posted by wan wma on March 7th, 2008

Ini adalah kelulusan aku sebagai seorang pelajar yang dilatih oleh kroni-kroni daripada syarikat kartun RocketFish. RocketFish tu maksudnya Roket Ikan, jangan tanya aku apa maknanya, aku tak tahu. Huhuhuhu…
Kelulusan ini bukan bermakna aku dah pandai, ia cuma bermakna aku telah menamatkan sesi pembelajaran aku dalam tempoh yang ditetapkan dengan jayanya. Alhamdulillah, dan dengan kelulusan ini jugalah aku layak untuk meneruskan kerja dalam bidang kartun ni secara kontrak dalam masa 1 tahun di negeri aku.
Well, terima kasih banyak-banyak buat sifuku, Adriano S Mondala Jr dan Linton T Gonzaga (mereka ni dari Filipina) di atas tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan. Korang memang best!!! Aku rasa hampir tak jumpa kalau nak cari tok guru cam korang kat Malaysian ni. Simple, Sempoi, relaks dan tekun mengajar.
Share and Enjoy! Huhuhu:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Posted by wan wma on February 24th, 2008

Ini adalah lukisan ke-6 saya yang menggunakan cat minyak. Dilukis pada pertengahan tahun 2007…dan setakat ini, inilah lukisan terakhir saya menggunakan cat minyak…hehehe..saya kurang berminat melukis benda2 alah ni…sory la, kualiti gambar kureng skit…gambar ni saya ambik guna pc camera jer ni! huhuhu…
Share and Enjoy! Huhuhu:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Posted by wan wma on February 15th, 2008

Hari ini, 15/ 02/ 2008 detik bersejarah telah pun bermula di mana sebuah blog yang bakal menggegarkan blogger2 tanah air telah dilahirkan. Setelah digodek-godek oleh penciptanya sepanjang lebih kurang 1 hari, blog ini telah berjaya disiapkan sepenuhnya. Blog ini dijangka bakal memberikan saingan hebat dalam arena blogger Malaysia di mana kehadirannya telah memberikan suatu fanomena baru dalam dunia blogger. Penciptanya berkata blog yang dihasilkannya memberikan konsep baru dalam menarik pelawat (hehehe..berangan betul!).
Ehem…tak de la apa2 pun sebenarnya, aku sekadar ingin menyatakan rasa gembira dengan kelahiran blog kedua aku ni. Blog ini adalah blog seni dan kreativiti aku. Blog ini dikarang dalam bahasa yang lebih santai dan bersahaja, kalu ada bahasa yang anda kurang senang aku mintak maaf. Sebab ni la perangai kedua aku selain daripada seorang yang sukakan Motivasi macam dalam blog WanWmaBlog tu. Aku ni ada banyak perngai sebenarnya..huhuhuh..kalau nak tau pasal perangai aku try tengok kat halaman Tentangku ye!
So, Apakah hidangan yang bakal aku sediakan dalam blog ini? Antaranya adalah:
-Teknik-teknik belajar melukis komik.
-Kad2 hadiah, motivasi dan skrin wallpaper percuma.
-Video cara-cara melukis.
- Lukisan2 terkini saya
-Langkah dan teknik2 dalam menghasilkan animasi
-Lukisan Potret Percuma
-Komik2 pendek
-Penggunaan Photoshop dalam merekabentuk grafik dll.
Anda ada sebarang cadangan? Tuliskan dalam ruangan komen dibawah yer! Kalau cadangan anda amat praktikal untuk di muatkan dalam blog ini, akan saya laksanakan pandangan dan cadangan anda itu dalam blog ini!
Share and Enjoy! Huhuhu:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Recent Comments