28 Sep, 2008
Ehem..alhamdulillah..akhirnya dapat jugak saya siapkan semua kad yang telah dijanjikan. Walaupun tak la banyak sangat tapi boleh la digunakan untuk menyerikan ucapan raya anda kepada rakan-rakan atau subscribe masing2. Anda boleh copy code yang diberikan dibawah gambar dan pastekan ke dalam comment2 friendster, myspace dan sebagainya. Code itu juga boleh dimasukkan dalam blog anda dengan paste di bahagian code HTML semasa anda membuat post. Atau anda boleh juga download semua kad raya kartun digital ini untuk print dan hadiahkan kepada mereka yang tersayang! Apa-apa pun, selamat hari raya Aidilfitri kepada anda semua! Terima kasih kerana menjadi subscribe saya selama ini!

<a href="http://myart.wanwma.com/" target="_blank"><img src="http://wanwma.com/images/Kad%20Raya%20Siap/kad%20raya%201.jpg" align="center" /></a>

<a href="http://myart.wanwma.com/" target="_blank"><img src="http://wanwma.com/images/Kad%20Raya%20Siap/kad%20raya%202.jpg" align="center" /></a>
Read the rest of this entry »
21 Sep, 2008

Bagi menghargai anda semua yang telah menyokong saya selama ini, saya telah menghasilkan beberapa rekabentuk kad raya kartun yang menarik khas untuk anda. Nantikan email saya 2-3 hari lagi untuk mendapatkan kad raya percuma ini. Kad raya digital ini masih dalam proses penambahan design. Semoga anda semua boleh menggunakannya untuk diberikan kepada orang-orang tersayang. Diharap dengan ini dapatlah kiranya mereka merasa gembira dengan pemberian kad raya digital daripada anda! Kalau ada yang berselisih faham sebelum ni, atau bergaduh ker..sudah-sudahlah, berilah kad raya digital ini sebagai tanda maaf anda kepada mereka. Kembalilah menjalinkan hubungan baik sesama kita di bulan yang mulia ini..huhuhu..

Sementara menunggu ketibaan kad raya digital percuma ini, apa kata anda berusaha sikit untuk dapatkan DUIT RAYA PERCUMA. Caranya mudah, klik banner di bawah dan dapatkan ebook percuma dari Justin Michie. Selepas itu anda ikut saja langkah2 yang disediakan..setiap rakan yang download dari link anda, anda akan dibayar USD1.00. Mudah, bukan? Dapatkan sekarang! Sebelum tawaran ditutup! Klik disini


22 Jun, 2008
Perkara Pertama
Ehem…lamanya saya tak buat post kat blog ni. Maaflah saya sibuk sangat kebelakangan ini. Namun kali ini saya hadir dengan membawa khabar gembira kepada 6 orang peserta lukisan potret percuma. Kenapa 6 orang yer? Sebabnya salah seorang peserta terdahulu tidak berjaya menghantarkan gambarnya kepada saya pada tarikh yang ditetapkan. Jadi kemenangannya telah pun dibatalkan. Saya bawak kekosongan itu untuk bulan ini. hehhehe…
Kepada pemenang2 lukisan potret bulan lepas, lukisan anda semua telah saya siapkan. Cuma mungkin tertinggal lagi 10% bahagian yang perlu saya kemaskan. Saya tak sempat lagi nak scan dan paparkan dalam blog ini beberapa hari ini. Harap sabar menunggu. Baiklah..banyak meleterlah saya ni kan! Sekarang saya nak umumkan pemenang lukisan potret untuk bulan 6. Mereka adalah: Read the rest of this entry »
4 Jun, 2008
Ehem…berdebar-debar ke? Saya sebenarnya malas nak cakap (tulis) banyak, sebab belum makan malam lagi ni. Lapar…jadi tanpa membuang masa, saya di sini ingin mengumumkan nama-nama peserta bertuah kali ini (untuk bulan 5 yang lepas) jatuh kepada:
1- Armin_5085
2- Alfarabius
3- AzmanZainal
4- NayangMohd
5-Zira_1085
Baik, kepada nama2 di atas, sila hantarkan gambar dan alamat anda selewat-lewatnya hari Ahad, 8/06/2008 sebelum pukul 12.00mlm! Seminit je anda lambat, saya akan tukar kepada orang lain. Huhahaha…pastikan gambar anda jelas dan cantik. Gambar yang blur akan ditolak serta-merta. Saya dah tak tahan lagi nak teliti gambar2 yang blur..pening kepala dibuatnya!
Kepada peserta lain, sabar menunggu ya! Program ini masih berjalan seperti biasa! Insyallah, lain kali giliran anda pula. Baik (lapar perut la), semoga berjaya!
P/s:Â Saya mungkin tidak akan online 2-3 hari ni. Pergi bercuti kat Tasik Kenyir sambil tengok orang mengail..(saya tak pandai mengail la..)
4 Jun, 2008
Ehem..siap pun lukisan potret korang ni! Sekarang saya perlu buat pilihan untuk peserta lain pula. Tapi tak sempat lagi buat masa ni, saya kena pergi kerja la..dah dekat pukul 8.00am ni! Huhuhu…
Pemilik-pemilik lukisan di bawah ialah:
1- Zuhairy
2- Cik Yankumi
3- Aisyah
4- Maizul
5- Luvlee
6- Busiai
7- Cikgu Azleen
8- Eina
Read the rest of this entry »
26 May, 2008

Lukisan pemenang potret bulan 4 yang lepas masih dalam proses. Harap bersabar yer..kali ini saya terkandas lagi untuk membuat pilihan pemenang untuk bulan 5. Biasanya saya akan membuat pilihan pada 20hb setiap bulan. Tapi nampaknya saya sekali lagi tak sempat berbuat demikian. Walau bagaimanapun saya harap anda sabar menunggu..huhuhu Read the rest of this entry »