Perkara Pertama
Ehem…lamanya saya tak buat post kat blog ni. Maaflah saya sibuk sangat kebelakangan ini. Namun kali ini saya hadir dengan membawa khabar gembira kepada 6 orang peserta lukisan potret percuma. Kenapa 6 orang yer? Sebabnya salah seorang peserta terdahulu tidak berjaya menghantarkan gambarnya kepada saya pada tarikh yang ditetapkan. Jadi kemenangannya telah pun dibatalkan. Saya bawak kekosongan itu untuk bulan ini. hehhehe…
Kepada pemenang2 lukisan potret bulan lepas, lukisan anda semua telah saya siapkan. Cuma mungkin tertinggal lagi 10% bahagian yang perlu saya kemaskan. Saya tak sempat lagi nak scan dan paparkan dalam blog ini beberapa hari ini. Harap sabar menunggu. Baiklah..banyak meleterlah saya ni kan! Sekarang saya nak umumkan pemenang lukisan potret untuk bulan 6. Mereka adalah: Read the rest of this entry »
5 Peserta Bertuah Terbaru!
Posted by wan wma on June 4th, 2008Ehem…berdebar-debar ke? Saya sebenarnya malas nak cakap (tulis) banyak, sebab belum makan malam lagi ni. Lapar…jadi tanpa membuang masa, saya di sini ingin mengumumkan nama-nama peserta bertuah kali ini (untuk bulan 5 yang lepas) jatuh kepada:
1- Armin_5085
2- Alfarabius
3- AzmanZainal
4- NayangMohd
5-Zira_1085
Baik, kepada nama2 di atas, sila hantarkan gambar dan alamat anda selewat-lewatnya hari Ahad, 8/06/2008 sebelum pukul 12.00mlm! Seminit je anda lambat, saya akan tukar kepada orang lain. Huhahaha…pastikan gambar anda jelas dan cantik. Gambar yang blur akan ditolak serta-merta. Saya dah tak tahan lagi nak teliti gambar2 yang blur..pening kepala dibuatnya!
Kepada peserta lain, sabar menunggu ya! Program ini masih berjalan seperti biasa! Insyallah, lain kali giliran anda pula. Baik (lapar perut la), semoga berjaya!
P/s: Saya mungkin tidak akan online 2-3 hari ni. Pergi bercuti kat Tasik Kenyir sambil tengok orang mengail..(saya tak pandai mengail la..)
Lukisan Potret 8 orang dah siap!
Posted by wan wma on June 4th, 2008Ehem..siap pun lukisan potret korang ni! Sekarang saya perlu buat pilihan untuk peserta lain pula. Tapi tak sempat lagi buat masa ni, saya kena pergi kerja la..dah dekat pukul 8.00am ni! Huhuhu…
Pemilik-pemilik lukisan di bawah ialah:
1- Zuhairy
2- Cik Yankumi
3- Aisyah
4- Maizul
5- Luvlee
6- Busiai
7- Cikgu Azleen
8- Eina
Peserta Bertuah Bulan 4 Telah Dipilih!
Posted by wan wma on May 3rd, 2008
Salam semua! Hehehe…berita gembira buat anda semua kerana saya telah pun memilih peserta bertuah bulan 4. Sepatutnya pemilihan perlu dibuat pada setiap 20hb. Tetapi kerana masa tidak mengizinkan saya berbuat demikian, terpaksalah saya tunda sehingga ke hari ini.
Satu kejutan untuk anda! Memandangkan kelewatan saya memilih peserta yang bakal menerima hadiah potret percuma bulan 4 yang lepas, saya telah berbincang dengan diri sendiri untuk menambah bilangan peserta bertuah menjadi 8 orang! Hehehe..tapi untuk kali ini saja ye! Dan satu lagi, saya akan berikan anda lebih banyak masa untuk menghantar gambar anda kepada saya. Rasanya tidak adil sekiranya saya dengan secara mengejut beritahu anda telah menang kemudian membatalkannya dalam masa yang singkat. Tentu ada diantara anda yang terlupa membuka email atau terlewat melawat blog ini dalam beberapa hari ini kan? Oleh itu saya berikan tempoh 1 minggu untuk anda menghantar gambar dan alamat anda kepada saya (bagi yang menang saja tau!).
Jadi, siapakah pemenangnya? Jom semak!
Potret Percuma - Faz
Posted by wan wma on May 3rd, 2008
Hohohoh.. dengan siapnya lukisan potret Faz ini, maka siaplah sudah kerja saya untuk mereka2 yang menang atau bertuah menerima potret percuma ini. Sebelum ni saya ada nyatakan untuk pos lukisan saudara Izzaldin, Kasyidi dan Samiz Nooh pada minggu lepas, tapi tak sempat la…saya ni manusia biasa, kadang2 tu memang tak terdaya nak menyempurnakan rancangan yang telah dibuat. Maafkan saya ye…
. Silalah tunggu sedikit masa lagi untuk saya poskan lukisan anda semua ni. Kali ni saya nak buat bungkusan cantik2 skit. Tak macam bungkusan yang lepas, buruk semacam jer..huhuhu.
Sila beri tahu saya setelah anda menerima potret yang saya akan poskan ini ye. Kerana saya takut si posmen tu berkenan dengan lukisan anda dan simpan buat harta peribadi dia. Dah ramai lukisan pelanggan saya diambil orang. Kemudian si pelanggan datang mengadu suruh saya lukis balik. Tu la, lain kali simpan la elok2! Ok, setakat ini saja..nantikan pemilihan pemenang bertuah untuk bulan April malam ini ye!
Potret Percuma - Mohd Ismail
Posted by wan wma on April 30th, 2008
Adui…letihnyer….boleh jugak akhirnya aku siapkan potret ni malam ni. Mata ni macam dah kena pukau sebab dah mengantuk sangat. Apa2 hal pun lepas ni aku kena siapkan satu design muka depan web pelanggan aku. Letih betul la…alang2 korang dah masuk sini, bagi la sedikit komen sebagai penyeri untuk aku terus berusaha. Aku betul2 mintak maaf kerana masih tak dapat select 5 pemenang untuk bulan ni, mungkin antara hari jumaat dan sabtu ni kot aku buat pemilihan. Esok aku kena pergi ke Kota Bharu, Kelantan…
Tahniah dan terima kasih Mohd Ismail, di atas penyertaan dan kejayaan memenangi hadiah ini. ![]()




















Recent Comments