Posted by wan wma on April 30th, 2008

Adui…letihnyer….boleh jugak akhirnya aku siapkan potret ni malam ni. Mata ni macam dah kena pukau sebab dah mengantuk sangat. Apa2 hal pun lepas ni aku kena siapkan satu design muka depan web pelanggan aku. Letih betul la…alang2 korang dah masuk sini, bagi la sedikit komen sebagai penyeri untuk aku terus berusaha. Aku betul2 mintak maaf kerana masih tak dapat select 5 pemenang untuk bulan ni, mungkin antara hari jumaat dan sabtu ni kot aku buat pemilihan. Esok aku kena pergi ke Kota Bharu, Kelantan…
Tahniah dan terima kasih Mohd Ismail, di atas penyertaan dan kejayaan memenangi hadiah ini. 
Share and Enjoy! Huhuhu:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Posted by wan wma on April 26th, 2008

Salam Izzaldin, saya terpaksa lukis gambar anda yang ni kerana gambar kedua yang anda bagi agak blur dan saya tak boleh melukis kerana kurang jelas. Terima kasih dan tahniah!
Share and Enjoy! Huhuhu:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Posted by wan wma on April 26th, 2008

Salam semua! Ni adalah potret kedua yang telah saya siapkan untuk peserta bertuah bulan 3 (sebenarnya ada satu lagi yang dah siap, tapi dah rosak. Kena lukis balik yang lain
) Kepada Kasyidi, maafkan sy kerana tak dapat lukis gambar terbaru yang anda kirimkan. Gambar tu blur sikit.. terima kasih kerana menyertai program potret percuma ini dan tersenarai dalam mailing list saya. Masih banyak sebenarnya hadiah percuma yang ingin saya berikan kepada anda semua. Namun, masa masih mencemburui saya ketika ini. Tahniah Kasyidi. Terimalah lukisan ini seadanya yer..hohoho..potret ini juga akan saya pos minggu ini. Insyallah…….
Share and Enjoy! Huhuhu:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Posted by wan wma on April 26th, 2008

Em…siap juga lukisan ni. Lukisan kali ini agak berbeza dengan lukisan bulan lepas, bulan ini sy menggunakan konsep lukisan lakaran. Hehehe…sebenarnya sy lebih suka teknik ni daripada teknik gosok! Nampak lebih bersahaja dan kombinasi garisan dapat dilihat dengan jelas (padahal sy tak pandai sangat guna teknik gosok). Apa-apa hal pun sy ucapkan terima kasih kepada tuan empunya potret ni kerana sudi menyertai program potret percuma ni. Lukisan sy bukan la cantik sangat pun. Tahniah sy ucapkan kepada Samirz Nooh. Saya akan pos potret ni ke rumah anda dalam minggu ni!
Share and Enjoy! Huhuhu:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Posted by wan wma on March 20th, 2008
Assalamualaikum! Apa khabar anda semua? Selamat Datang saya ucapkan kepada anda semua yang pertama kali melawat blog ini! Hehehe..ini merupakan blog kedua saya. Blog ini khas saya hasilkan untuk menaburkan nilai2 seni yang sarat terkandung dalam diri ini. Blog ini amat berbeza dengan blog saya sebelum ini yang bertunjangkan motivasi sebagai menu utama. Sebelum saya mengarut lebih panjang, lebih baik saya kembali kepada tajuk asal.
Sebagaimana yang anda tahu, saya ada menyediakan sebuah program untuk menjalinkan hubungan baik diantara kita dengan menghadiahkan lukisan potret percuma kepada anda. Dan hari ini 20/03/2008 adalah hari pemilihan peserta bertuah. So, saya pun tak nak bercakap banyak, jom kita lihat siapa yang kena! Read the rest of this entry »
Share and Enjoy! Huhuhu:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Posted by wan wma on March 20th, 2008

YA! Inilah lukisan potret terakhir untuk peserta lepas (bulan 2) yang telah berjaya iaitu Noorizam Shah! Fuh! Siap juga akhirnya. Sebenarnya lukisan yang saya buat untuk anda berlima ni bukan lukisan lakaran, tetapi lukisan teknik gosok yang lebih memakan masa. Untuk pesert-peserta selepas ini saya tidak akan buat teknik gosak lagi (masa tak mengizinkan). Terima kasih dan tahniah kepada Saudara Noorizam Shah kerana terpilih. Lukisan anda akan saya pos bersama 4 lukisan peserta lain pada hari ahad ini 23/03/2008. Saya akan touch up mana-mana bahagian yang kureng dalam 2-3 hari ni. Insyallah…
Share and Enjoy! Huhuhu:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Posted by wan wma on March 19th, 2008

Ehem..ni lukisan wajah Cheq Sue. Nampaknya ada beberapa bahagian yang perlu saya kemaskan lagi. Takpe Cheq Sue, sebelum pos saya akan touch-up buat kali terakhir. Hah, cakap pasal pos, saya akan poskan semua lukisan potret ni pada hari ahad ini 23/03/2008. Sebenarnya saya nak pos esok, 20/03/2008 tapi esok pejabat pos cuti la. Sambut Maulidul Rasul. Selamat Menyambut Maulidul Rasul untuk anda semua!!! Hohohoh…ni gambar yang Cheq Sue bagi…
Tahniah kerana terpilih! Terima kasih kerana menyertai. Ehem…banyak lagi kena adjust gambar Cheq Sue tu! Huhuhuhu…

Share and Enjoy! Huhuhu:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Recent Comments