Kad Raya Percuma

Posted by wan wma on September 21st, 2008

Bagi menghargai anda semua yang telah menyokong saya selama ini, saya telah menghasilkan beberapa rekabentuk kad raya kartun yang menarik khas untuk anda. Nantikan email saya 2-3 hari lagi untuk mendapatkan kad raya percuma ini. Kad raya digital ini masih dalam proses penambahan design. Semoga anda semua boleh menggunakannya untuk diberikan kepada orang-orang tersayang. Diharap dengan ini dapatlah kiranya mereka merasa gembira dengan pemberian kad raya digital daripada anda! Kalau ada yang berselisih faham sebelum ni, atau bergaduh ker..sudah-sudahlah, berilah kad raya digital ini sebagai tanda maaf anda kepada mereka. Kembalilah menjalinkan hubungan baik sesama kita di bulan yang mulia ini..huhuhu..

Sementara menunggu ketibaan kad raya digital percuma ini, apa kata anda berusaha sikit untuk dapatkan DUIT RAYA PERCUMA. Caranya mudah, klik banner di bawah dan dapatkan ebook percuma dari Justin Michie. Selepas itu anda ikut saja langkah2 yang disediakan..setiap rakan yang download dari link anda, anda akan dibayar USD1.00. Mudah, bukan? Dapatkan sekarang! Sebelum tawaran ditutup! Klik disini


Free Traffic Tips Report - CLICK HERE!

Share and Enjoy! Huhuhu:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • NewsVine
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Smarking
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • digg
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Reddit
  • feedmelinks
  • Spurl
  • RawSugar

Potret Percuma Di Tutup

Posted by wan wma on July 25th, 2008

Read the rest of this entry »

Share and Enjoy! Huhuhu:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • NewsVine
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Smarking
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • digg
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Reddit
  • feedmelinks
  • Spurl
  • RawSugar

3 Perkara

Posted by wan wma on June 22nd, 2008

Perkara Pertama

Ehem…lamanya saya tak buat post kat blog ni. Maaflah saya sibuk sangat kebelakangan ini. Namun kali ini saya hadir dengan membawa khabar gembira kepada 6 orang peserta lukisan potret percuma. Kenapa 6 orang yer? Sebabnya salah seorang peserta terdahulu tidak berjaya menghantarkan gambarnya kepada saya pada tarikh yang ditetapkan. Jadi kemenangannya telah pun dibatalkan. Saya bawak kekosongan itu untuk bulan ini. hehhehe…

Kepada pemenang2 lukisan potret bulan lepas, lukisan anda semua telah saya siapkan. Cuma mungkin tertinggal lagi 10% bahagian yang perlu saya kemaskan. Saya tak sempat lagi nak scan dan paparkan dalam blog ini beberapa hari ini. Harap sabar menunggu. Baiklah..banyak meleterlah saya ni kan! Sekarang saya nak umumkan pemenang lukisan potret untuk bulan 6. Mereka adalah: Read the rest of this entry »

Share and Enjoy! Huhuhu:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • NewsVine
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Smarking
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • digg
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Reddit
  • feedmelinks
  • Spurl
  • RawSugar

Saya Terkandas Lagi

Posted by wan wma on May 26th, 2008

Lukisan pemenang potret bulan 4 yang lepas masih dalam proses. Harap bersabar yer..kali ini saya terkandas lagi untuk membuat pilihan pemenang untuk bulan 5. Biasanya saya akan membuat pilihan pada 20hb setiap bulan. Tapi nampaknya saya sekali lagi tak sempat berbuat demikian. Walau bagaimanapun saya harap anda sabar menunggu..huhuhu Read the rest of this entry »

Share and Enjoy! Huhuhu:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • NewsVine
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Smarking
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • digg
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Reddit
  • feedmelinks
  • Spurl
  • RawSugar

Lukisan Dah Pos!

Posted by wan wma on May 13th, 2008

YUP! Saya dah pos lukisan potret beberapa hari lepas (saya dah lupa hari apa) dan dah ada orang yang menerimanya pun. Saya harap anda suka dengan lukisan itu. Lukisan yang dipos hanya sekadar lukisan kosong tanpa sebarang kata-kata atau ucapan. Saya tak sempat nak menulis sebarang ucapan pun ketika itu (maaf yer..). Saya betul2 berharap semua lukisan yang diposkan itu selamat sampai ke tangan penerimanya.

Saya dah pun terima 6 gambar daripada peserta bertuah bulan 4. Masih kekurangan 2 lagi gambar. Saya terpaksa membatalkan penerima sebelum ini dan membuat pilihan yang baru. Untuk pilihan kali ini saya buka kepada anda semua untuk menghantar gambar anda kepada saya (bagi yang belum terpilih saja)! Siapa cepat dia dapat!

Apa yang perlu anda buat ialah emailkan gambar (yang clear) dan alamat rumah anda kepada saya secepat mungkin. Saya akan umumkan tawaran ini ditutup sebaik saja menerima 2 gambar yang menarik untuk dilukis. Baik, anda boleh bertindak sekarang! Semoga berjaya! :)

EHEM!!! MAAF EK! TAWARAN DAH PUN DITUTUP! DAN PENERIMANYA IALAH:

1- Luvlee

2- Cikgu AzleenĀ 

Cepat betul korang ni yer…tahniah. Yang lain yang hantar gambar tu, saya ucapkan terima kasih. Anda cuma lambat beberapa minit je daripada 2 orang ni..terima kasih. Insyallah, lain kali sampai giliran anda pula!

Share and Enjoy! Huhuhu:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • NewsVine
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Smarking
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • digg
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Reddit
  • feedmelinks
  • Spurl
  • RawSugar

Peserta Bertuah Bulan 4 Telah Dipilih!

Posted by wan wma on May 3rd, 2008

Salam semua! Hehehe…berita gembira buat anda semua kerana saya telah pun memilih peserta bertuah bulan 4. Sepatutnya pemilihan perlu dibuat pada setiap 20hb. Tetapi kerana masa tidak mengizinkan saya berbuat demikian, terpaksalah saya tunda sehingga ke hari ini.

Satu kejutan untuk anda! Memandangkan kelewatan saya memilih peserta yang bakal menerima hadiah potret percuma bulan 4 yang lepas, saya telah berbincang dengan diri sendiri untuk menambah bilangan peserta bertuah menjadi 8 orang! Hehehe..tapi untuk kali ini saja ye! Dan satu lagi, saya akan berikan anda lebih banyak masa untuk menghantar gambar anda kepada saya. Rasanya tidak adil sekiranya saya dengan secara mengejut beritahu anda telah menang kemudian membatalkannya dalam masa yang singkat. Tentu ada diantara anda yang terlupa membuka email atau terlewat melawat blog ini dalam beberapa hari ini kan? Oleh itu saya berikan tempoh 1 minggu untuk anda menghantar gambar dan alamat anda kepada saya (bagi yang menang saja tau!). :)

Jadi, siapakah pemenangnya? Jom semak!

Read the rest of this entry »

Share and Enjoy! Huhuhu:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • NewsVine
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Smarking
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • digg
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Reddit
  • feedmelinks
  • Spurl
  • RawSugar

Wajah-wajah Yang Bakal Dilukis

Posted by wan wma on March 22nd, 2008

Nampaknya saya terpaksa memilih 4 peserta lain kerana sehingga pukul 12.30pm hari ini saya masih belum menerima sebarang respon dari 4 peserta yang bertuah itu. Huhuhu…so, inilah wajah-wajah mereka yang terpilih. Seorang peserta bertuah sahaja yang masih kekal iaitu Faz. Saya dah pun menerima alamat anda. Anda cuma perlu tunggu saya poskan potret anda nanti. Nama-nama baru yang menerima hadiah ini ialah:

1- Izzaldin Misri

2- Mohd Ismail

3- Kasyidi

4- Samirz Nooh*

* Saya belum ada gambar anda, sila hantar gambar dan alamat sebelum pukul 12.00am 25/03/2008.

Kepada nama-nama di atas (tidak termasuk Faz), sila emailkan alamat anda dengan replay email yang anda terima daripada saya. Tidak kira samada anda pernah email alamat anda atau tidak sebelum ini. Sila bertindak segera sebelum pukul 12.00am 25/03/2008. Jika anda lambat terpaksa la saya tukar orang lagi. Saya buat begini supaya mudah bagi saya memastikan siapa yang berminat dan supaya kerja saya berjalan lancar. Susah la kalau maklumat anda tak lengkap. Lagipun saya juga perlu membuka peluang kepada peserta-peserta lain. Saya pilih 3 orang di atas kerana mereka telah hantar gambar kepada saya sebelum ini dan gambar mereka ‘clear’ (lepas ni jangan la ada sapa2 hantar gambar kalau saya tak mintak ye, nanti penuh pulak folder saya. huhuhu…).

Ok, Tahniah dan terima kasih di atas kerjasama anda!

Share and Enjoy! Huhuhu:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • NewsVine
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Smarking
  • Ma.gnolia
  • Fark
  • digg
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • Reddit
  • feedmelinks
  • Spurl
  • RawSugar

Copyright © 2007 Myart Blog. All rights reserved.