Archive for Hadiah

Potret Percuma – Faz

Hohohoh.. dengan siapnya lukisan potret Faz ini, maka siaplah sudah kerja saya untuk mereka2 yang menang atau bertuah menerima potret percuma ini. Sebelum ni saya ada nyatakan untuk pos lukisan saudara Izzaldin, Kasyidi dan Samiz Nooh pada minggu lepas, tapi tak sempat la…saya ni manusia biasa, kadang2 tu memang tak terdaya nak menyempurnakan rancangan yang telah dibuat. Maafkan saya ye… :) . Silalah tunggu sedikit masa lagi untuk saya poskan lukisan anda semua ni. Kali ni saya nak buat bungkusan cantik2 skit. Tak macam bungkusan yang lepas, buruk semacam jer..huhuhu.

Sila beri tahu saya setelah anda menerima potret yang saya akan poskan ini ye. Kerana saya takut si posmen tu berkenan dengan lukisan anda dan simpan buat harta peribadi dia. Dah ramai lukisan pelanggan saya diambil orang. Kemudian si pelanggan datang mengadu suruh saya lukis balik. Tu la, lain kali simpan la elok2! Ok, setakat ini saja..nantikan pemilihan pemenang bertuah untuk bulan April malam ini ye!

Share/Save/Bookmark

Potret Percuma – Mohd Ismail

Adui…letihnyer….boleh jugak akhirnya aku siapkan potret ni malam ni. Mata ni macam dah kena pukau sebab dah mengantuk sangat. Apa2 hal pun lepas ni aku kena siapkan satu design muka depan web pelanggan aku. Letih betul la…alang2 korang dah masuk sini, bagi la sedikit komen sebagai penyeri untuk aku terus berusaha. Aku betul2 mintak maaf kerana masih tak dapat select 5 pemenang untuk bulan ni, mungkin antara hari jumaat dan sabtu ni kot aku buat pemilihan. Esok aku kena pergi ke Kota Bharu, Kelantan…

Tahniah dan terima kasih Mohd Ismail, di atas penyertaan dan kejayaan memenangi hadiah ini. :)

Share/Save/Bookmark

Potret Percuma – Izzaldin Misri

Salam Izzaldin, saya terpaksa lukis gambar anda yang ni kerana gambar kedua yang anda bagi agak blur dan saya tak boleh melukis kerana kurang jelas. Terima kasih dan tahniah!

Share/Save/Bookmark

Potret Percuma – Kasyidi

Salam semua! Ni adalah potret kedua yang telah saya siapkan untuk peserta bertuah bulan 3 (sebenarnya ada satu lagi yang dah siap, tapi dah rosak. Kena lukis balik yang lain :( ) Kepada Kasyidi, maafkan sy kerana tak dapat lukis gambar terbaru yang anda kirimkan. Gambar tu blur sikit.. terima kasih kerana menyertai program potret percuma ini dan tersenarai dalam mailing list saya. Masih banyak sebenarnya hadiah percuma yang ingin saya berikan kepada anda semua. Namun, masa masih mencemburui saya ketika ini. Tahniah Kasyidi. Terimalah lukisan ini seadanya yer..hohoho..potret ini juga akan saya pos minggu ini. Insyallah…….

Share/Save/Bookmark

Wajah-wajah Yang Bakal Dilukis

Nampaknya saya terpaksa memilih 4 peserta lain kerana sehingga pukul 12.30pm hari ini saya masih belum menerima sebarang respon dari 4 peserta yang bertuah itu. Huhuhu…so, inilah wajah-wajah mereka yang terpilih. Seorang peserta bertuah sahaja yang masih kekal iaitu Faz. Saya dah pun menerima alamat anda. Anda cuma perlu tunggu saya poskan potret anda nanti. Nama-nama baru yang menerima hadiah ini ialah:

1- Izzaldin Misri

2- Mohd Ismail

3- Kasyidi

4- Samirz Nooh*

* Saya belum ada gambar anda, sila hantar gambar dan alamat sebelum pukul 12.00am 25/03/2008.

Kepada nama-nama di atas (tidak termasuk Faz), sila emailkan alamat anda dengan replay email yang anda terima daripada saya. Tidak kira samada anda pernah email alamat anda atau tidak sebelum ini. Sila bertindak segera sebelum pukul 12.00am 25/03/2008. Jika anda lambat terpaksa la saya tukar orang lagi. Saya buat begini supaya mudah bagi saya memastikan siapa yang berminat dan supaya kerja saya berjalan lancar. Susah la kalau maklumat anda tak lengkap. Lagipun saya juga perlu membuka peluang kepada peserta-peserta lain. Saya pilih 3 orang di atas kerana mereka telah hantar gambar kepada saya sebelum ini dan gambar mereka ‘clear’ (lepas ni jangan la ada sapa2 hantar gambar kalau saya tak mintak ye, nanti penuh pulak folder saya. huhuhu…).

Ok, Tahniah dan terima kasih di atas kerjasama anda!

Share/Save/Bookmark

5 Peserta Telah Dipilih!

Assalamualaikum! Apa khabar anda semua? Selamat Datang saya ucapkan kepada anda semua yang pertama kali melawat blog ini! Hehehe..ini merupakan blog kedua saya. Blog ini khas saya hasilkan untuk menaburkan nilai2 seni yang sarat terkandung dalam diri ini. Blog ini amat berbeza dengan blog saya sebelum ini yang bertunjangkan motivasi sebagai menu utama. Sebelum saya mengarut lebih panjang, lebih baik saya kembali kepada tajuk asal.

Sebagaimana yang anda tahu, saya ada menyediakan sebuah program untuk menjalinkan hubungan baik diantara kita dengan menghadiahkan lukisan potret percuma kepada anda. Dan hari ini 20/03/2008 adalah hari pemilihan peserta bertuah. So, saya pun tak nak bercakap banyak, jom kita lihat siapa yang kena! Read the rest of this entry »

Share/Save/Bookmark

Lukisan Potret Percuma – Cheq Sue

Ehem..ni lukisan wajah Cheq Sue. Nampaknya ada beberapa bahagian yang perlu saya kemaskan lagi. Takpe Cheq Sue, sebelum pos saya akan touch-up buat kali terakhir. Hah, cakap pasal pos, saya akan poskan semua lukisan potret ni pada hari ahad ini 23/03/2008. Sebenarnya saya nak pos esok, 20/03/2008 tapi esok pejabat pos cuti la. Sambut Maulidul Rasul. Selamat Menyambut Maulidul Rasul untuk anda semua!!! Hohohoh…ni gambar yang Cheq Sue bagi…

Tahniah kerana terpilih! Terima kasih kerana menyertai. Ehem…banyak lagi kena adjust gambar Cheq Sue tu! Huhuhuhu…

Share/Save/Bookmark